Mansur Shah dari Melaka

Sultan Mansur Shah (Tulisan Jawi: سلطان منصور شاه‎; memerintah 1459Oktober 1477)[1] ialah gelaran kepada Raja Abdullah (Tulisan Jawi: راج عبد الله‎) ialah sultan Melaka yang keenam. Baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muzaffar Shah. Menurut Tome Pires yang menulis Suma Oriental:Mamsursa (Mansur Shah) mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang-orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara-perkara keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya.Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan/Bintan dan pulau sekitarnya. Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru. Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diberi percuma oleh Majapahit setelah Mansur Syah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.